top of page
  • muinsapidin

PDRM Tidak Bercadang Syor Halalkan Judi Online

ULU KINTA: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghalalkan perjudian atas talian seperti negara jiran iaitu Singapura baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa Singapura telah menghalalkan jenis perjudian tersebut mengikut peraturan dan undang-undang di negara mereka namun ianya masih haram untuk dimainkan di Malaysia.

"Jangan beranggapan bahawa sekiranya ia dibenarkan di Singapura maka sesiapa boleh bermain judi atas talian di Malaysia, kerana sesiapa yang menggunakan sistem dan aplikasi Singapura untuk bermain judi atas talian di Malaysia masih boleh dikenakan tindakan.

"Kita tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan untuk menghalalkan judi online, malah saya yakin kita sudah menyediakan pelbagai kemudahan judi di Malaysia seperti Magnum dan sebagainya," katanya kepada pemberita ketika hadir dalam Majlis Meraikan Veteran dan Bekas Polis Orang Asli (Senoi Praaq)sempena Hari Ulang Tahun 69 Komando ke-47 di Markas PGA, Ulu Kinta di sini pada Ahad.

Tegasnya, tiada sebarang tindakan untuk mengubahsuai tatacara kerja atau Standard of Procedure (SOP) di Malaysia yang terlibat dengan perjudian akan dilaksanakan buat masa ini.

"Kita telah mengesyorkan beberapa pindaan terhadap Akta Rumah Judi Terbuka dan ianya sedang diusahakan, cuma saya nak pesan sekiranya ingin pergi ke Singapura untuk berjudi kita tidak akan masuk campur tetapi langsung tidak boleh bermain di mana-mana kawasan seluruh Malaysia.


11 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page