top of page
muinsapidin

Dewan Perniagaan India Sasar Lebih 26,000 Usahawan Menjelang 2018

IPOH: Dewan Perniagaan India Perak sedang menyusun langkah untuk melahirkan lebih 26,000 usahawan India di negeri ini menjelang 2018 Menurut Presidennya, K. Seven Munusamy, bagi mencapai matlamat itu, pihak Dewan akan menganjurkan beberapa program yang lebih ektif dalam membantu membangunkan ekosistem keusahawanan yang kondusif. "‎Pihak Dewan Perniagaan India Perak telah membuka pusat perkhidmatan keusahawanan bagi membantu melahirkan ramai usahawan India melalui pelbagai program dan kursus keusahawanan dengan kerjasama pihak Universiti Binary Malaysia.’’ Katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Konvokesyen dan penyampaian skrol sijil kursus keusahawanan anjuran Dewan Perniagaan India Perak di Hotel Casuarina @ Meru di Ipoh pada Ahad. Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Henry Sum Agong. Terdahulu Dato’ Henry memuji langkah yang diambil pihak Dewan Perniagaan India Perak bertindak proaktif dalam membantu membangunkan usahawan India dengan meletakkan mereka dipentas global. "Usahawan adalah satu satu komponen yang amat penting dalam usaha bagi Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. "Melalui inovasi, kreativiti dan kesediaan untuk menerima risiko, usahawan-usahawan akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi,’’ katanya.


13 views0 comments
bottom of page