top of page
muinsapidin

90 Kenderaan Sertai Konvoi Muhibbah Sempena Keputeraan Sultan Perak

IPOH: Sebanyak 90 kenderaan mengambil bahagian di dalam Konvoi Muhibbah Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak 2016 yang bermula di Jalan Dr Nazrin Shah di sini pada Ahad.

Pengerusi Gabungan Kelab-Kelab Kereta Negeri Perak, Mustafa Rahadi berkata, peserta berbilang kaum itu mewakil tiga kelab di Perak iaitu, ISR yang mewakil pemilik kereta Melayu, GKM (India) dan Project 3 (Cina).

Menurut beliau, konvoi ini telah menjelajah Perak sejak Hari Malaysia (16 September) lalu, antaranya ke Buntong, Bt Gajah, Ayer Tawar, Lumut, Bagan Datoh, Teluk Intan dan Pasir Salak.

"Hari ini adalah penutupnya dan kita akan berkonvoi ke Kuala Kangsar sempena sambutan Hari Keputeraan Tuanku dan sebagai tanda ucapan tahniah di atas pelantikan baginda sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong," katanya kepada Suara Perak di majlis pelepasan konvoi.

Hadir sama bekas Exco kerajaan negeri, Datuk G. Rajoo dan Ahli Majlis MBI, Datuk R. Thangarajah.

Pada majlis itu turut diadakan pertandingan dan pertunjukkan kereta dari segi injin, hiasan dalaman dan pelekat.


22 views0 comments
bottom of page