top of page
muinsapidin

7,500 Sertai Ipoh Car Free Day

IPOH: Lebih 7,500 wargakota Ipoh telah menyertai Car Free Day bulan Oktober 2016 di Jalan Raja DiHilir di sini pada Ahad.

Program kali ke-12 ini yang bertemakan "Galakan Membaca" dan "Kempen Kesedaran Kanser Payudara" turut menarik penyertaan Puspanita Negeri Perak, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Perpustakaan Negeri Perak, Persatuan Pemulihan Orang Cacat.

Turut mengambil bahagian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital KPJ, MICA, Kumpulan Gendang Besar, Fast Track, Kelab Sukan DBI dan PDRM.

Sambutan program kali ini amat meriah dengan berlangsungnya pelbagai aktiviti seperti Run For Reading yang menarik minat 400 peserta, Challenge Push Up, Mini Petting Zoo, senamrobik stick for stick oleh Puspanita Negeri Perak dan senamrobik oleh Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah berbasikal, Pameran Kereta Perisai PDRM, kickboxing, jualan kraftangan dan pemeriksaan kandungan dan tekanan darah di sepanjang berlangsung program ini.

Program ini diharap akan membantu MBI mencapai tahap bandar rendah karbon serta memberi peluang kepada wargakota Ipoh beriadah dalam suasana santai.


73 views0 comments
bottom of page