IPOH: Kerajaan negeri dicadang melaksanakan tiga strategi baharu bagi membina tunjang sukan yang lebih kukuh di Perak.
Ahli Jawatankuasa Pendidikan, Kerjayam Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Mohd Arfrenddy Arasad berkata, strategi pertama adalah membentuk DN sukan dan kefahaman yang tinggi dalam kalangan masyrakat.
“Kita lihat sekarang masyarakat di negeri ini dan negara secara amnya, khususnya para ibu bapa melihat sukan tidak mempunyai masa hadapan dan kebanyakkan mereka menghalang anak-anak daripada menceburi sukan.
“Perkara ini perlu diubah dengan memperkasakan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak agensi khusus bagi menerapkan kefahaman tentang sukan kepada msyarakat dan warga pendidik khususnya ibubapa bahawa bidang sukan juga mempunyai masa depan yang cerah,” katanya ketika membentangkan usul jawatankasanya di Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Belia Perak di Ipoh pada Sabtu.
Bagi strategi kedua pula, Mohd Arfrenddy berkata kerajaan negeri perlu memperkasakan struktur pencarian bakat sukan.
“Majlis Sukan negeri perlu menubuhkan sebuah badan yang khusus untuk bergerak ke peringkat lebih bawah bagi mencari bakat dalam pelbagai jenis sukan.
“Kita perlu meluaskan penglibatan agar “talent pool” kita lebih besar dan tidak semestinya melalui sekolah sahaja tetapi boleh melalui aktiviti lain diluar sekolah yang boleh gierakkan pelbagai pihak,” ujarnya.
Beliau menambah, bagi strategi ketiga pula, kerajaan negeri dicadangkan banyak membida pertandingan atau kejohanan sukan peringkat asia atau antarabangsa untuk dipertandingkan di negeri ini.
“Ini merupakan strategi yang menjadikan sukan sebagai sebuah industri, di negara maju sukan menjana puluhan billion kepada perolehan hasil ekonomi mereka, jadi mengapa tidak jika kerajaan negeri juga cuba melakukan perkara yang sama.
“Tahun hadapan kita akan mejadi penganjur SUKMA dan ini harus menjadi titik perubahan kepada semua pemegang taruh terlibat untuk meliaht bagaimana dengan pengjuran ini kita boleh menggiatkan kitaran ekonomi negeri,” ujarnya.