top of page
muinsapidin

Tiga Solusi Tingkatkan Guna Tenaga Belia Dalam Pelbagai Sektor

IPOH: Dewan Belia Perak mencadangkan tiga solusi untuk meningkatkan guna tenaga belia dan wanita dalam pelbagai sektor di negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita, Asraf Khalid Sulaiman berkata, solusi pertama adalah kerajaan negeri menaiktaraf Taska Kerajaan sedia ada dan memberi kemudahan sama kepada penjawat dalam sektor swasta.

Menurut beliau, antara masalah yang dikenal pasti dihadapai golongan wanita adalah bebanan yang perlu ditanggung dari segi kewangan untuk menghantar anak-anak mereka ke taska khususnya swasta kerana terlalu mahal.

“Jadi melalui solusi ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh memainkan peranan dengan mengurangkan caj lesen taska dengan harapan syarikat pengelola taska swasta mengurangkan kadar caj dikenakan terhadap pelanggan,” katanya ketika membentangkan usul jawatankasanya di Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Belia Perak di Ipoh pada Sabtu.

Tambah Asraf, bagi menyelesaikan masalah gangguan seksual di pejabat, kerajaan negeri dicadang meminta pihak majikan menempatkan semula kedudukan di antara pekerja lelaki dan wanita seperti menjarakkan stesen pekerja atau mengasingkan.

“Antara insiatif lain boleh dilakukan kerajaan negeri adalah mengalakkan setiap syarikat pekerjaan menyediakan parkir khas untuk pekerja wanita yang kami rasa tindakan itu dapat mengurangkan kemungkinan gangguan seksual.

“Mungkin dengan kemudahan ini dapat menarik kembali minat wanita untuk menceburkan diri dalam sektor pekerjaan awam mahupun swasta,” jelasnya.

Bagi solusi ketiga pula, beliau memberitahu, kerajaan perlu memperluaskan promosi dan kempen Program 1Azam.

“Program ini amatlah baik di samping membantu membasmi kumpulan B40 menjana pendapatan golongan wanita ini yang lazimnya suri rumah,” katanya.


15 views0 comments
bottom of page