top of page
muinsapidin

Kempen Kesedaran Etika Penggunaan Media Sosial

IPOH: Kerajaan negeri dicadang melaksanakan kempen kesedaran dan pemantauan berkenaan etika penggunaan media sosial sebagai langkah menjamin kestabilan negara dan negeri.

Ahli Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Muhammad Nail Al Amin Saharudin berkata, kempen itu perlu diadakan secara berterusan dan konsisten ekoran permasalahan berkenaan kesahihan berita menerusi sosial media masih lagi tidak dapat dikawal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Kempen ini kalau boleh diberi nama Kempen Etika Media Untuk Belia di mana objektifnya mendedahkan kepada peserta cara yang betul mendedahkan tentang cara yang betul untuk berkongsi sesuatu maklumat.

“Kebanyakkan pelajar ketika ini juga mengambil mudah dengan “copy and paste” sahaja ini merupakan budaya yang perlu dibendung, jadi kempen ini dilihat mampu memberi pendedahan dan menginsafi pengguna media sosial,” katanya ketika membentangkan usul jawatankasanya di Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Belia Perak di Ipoh pada Sabtu.

Tambah beliau, secara ringkasnya cadangan itu dilihat mampu mengatasi masalah etika yang berkait rapat dengan media sosial dalam penyebaran maklumat palsu.

“Perkara ini penting kerana dengan sebaran berita-berita yang tidak sahih, boleh mengugat kestabilan negeri atau pun negara, ianya boleh mencetuskan rasa tidak senang.

“Di bawah cadangan ini juga, disarankan kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa peringkat negeri untuk memantuan penggunaan media sosial di kalangan kakitangan awam, swasta atau individu,” ujarnya.


266 views0 comments
bottom of page