top of page
muinsapidin

Dewan Belia Perak Mula Bersidang Kali Kedua

IPOH: Persidangan Dewan Belia Perak Datul Ridzuan (DUN Belia) berlangsung buat kali kedua pada Sabtu di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sebanyak tujuh usul akan dibentangkan oleh setiap perwakilian yang mewakili tujuh jawatankuasa dengan penyertaan 60 perwakilian belia seluruh negeri.

Antara empat jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Ekonomi, Ushawan Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyurakat dan Wanita; Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudyaan dan Kesnian dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insdan dan Integrasi Nasional.

Tiga lagi jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawtankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme.

Persidangan yang akan berlangsung selama dua hari itu dihadiri oleh Speaker Dewan Belia, Salbiah Mohamed, Timbalan Speaker, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dan Hasnul Fairuz.

Turut Hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahaya serta Timbalannya Aznel Ibrahim dan Maslin Sham Razman.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini berkata, tindakan kerajaan negeri untuk menubuhkan Dewan Belia Perak tersebut bukan sekadar tayangan atau pameran tetapi merupakan keazaman untuk membentuk generasi pelapis bagi mencorak kehidupan masa hadapan.

Tambah beliau ianya platform terbaik untuk belia mengetengahkan cara baharu dalam melihat sesuatu isu, mempamerkan keterbukaan dalam membahaskan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan negeri.


36 views0 comments
bottom of page