top of page
muinsapidin

Benarkan Golongan Belia Memperolehi Lesen Kutip Sampah

IPOH: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Permbersihan Awam (SWCorp) diminta membenarkan golongan belia untuk memperolehi lesen mengutip sampah dan pengasingan sisa pepejal.

Ahli Jawatankuasa Prasaranan, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Siti Aisyah Roselan berkata, dengan adanya lesen tersebut, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia dan dalam masa sama mengurangkan masalah sosial serta melahirkan usahawan dalam bidang tersebut.

Menurut beliau, penglibatan belia dalam bidang itu amat diperlukan kerana ia dapat mengelakkan terlalu bergantung kepada warga asing.

“Pengurusan sisa pepejal ini sebenarnya boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia dan dalam masa sama mampu membentuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya ketika membentangkan usul jawatankasanya di Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Belia Perak di Ipoh pada Sabtu.

Dalam pada itu, selaras dengan usaha kerajaan negeri mengekalkan kelestarian alam sekitar, Siti Aisyah mencadangkan pusat setempat ditubuhkan bagi pengasingan sisa-sisa pepejal.

“Melalui pusat setempat ini, belia boleh terlibat secara langsung, kutipan sisa pepejal dapat dilaksanakan mengikut jadual perkhidmatan yang lebih efektif dan sisa pepejal dapat diasingkan mengikut kumpulan secara lebih efektif.

“Ini secara tidak langsung, golongan belia mampu berdikari dan bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pepejal,” ujarnya lagi.

Beliau turut mencadangkan kerajaan negeri mengadakan kempen kesedaran untuk memberi pendedahan melalui pendidikan bermula dari sekolah rendah.

“Bak kata pepatah meluntur buluh, biarlah dari rebungnya, biar kita mengajar dan pupuk sifat cintai alam ini dari kecil lagi, ajar mereka kepentingan dan bagaimana nak berbuat demikian.

“Kita juga perlu bekerjasama dengan pihak industry dalam mnejayakan program kesedaran ini kerana ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat," jelas beliau.


60 views0 comments
bottom of page