top of page
muinsapidin

‎Kumpulan Puisi Dr Zambry dilancarkan di Pesta Buku Frankfurt

FRANKFURT: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mempamerkan sudut kreatif seninya dengan menyorot sisi ‎pandangannya sebagai ahli akademik, pemikir dan ahli politik dalam satu himpunan buku puisi bertajuk Puisi Sahabat.

Buku puisi itu yang menggunakan tajuk bahasa Inggeris 'Poetry Collection Friend's Letter' dilancarkan semasa perhimpunan anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Naskhah terbitan itu antara lain bukan sahaja merakam pelbagai ekspresi termasuk cabaran dilaluinya berikutan memilih laluan politik, malah merakam perjalanan kerohaniannya.

Puisi Siapakah Engkau yang dicipta Dr Zambry pada tahun 2014 sewaktu dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah misalnya, menyorot kesedaran Dr Zambry mengenai Tuhan yang diterima daripada seorang anak kecil. Dalam naskhah itu, Dr Zambry turut berkongsi dan menyingkap cabaran serta pengalamannnya sebagai seorang pemimpin negeri Perak yang menjaga kebajijan rakyat selain menyentuh pelbagai aspek melibatkan politik, harapan. “Saya mengucapkan penghargaan kepada ITBM di atas usaha menerbit dan menterjemahkan kumpulan puisi ini. “Saya difahamkan naskhah ini akan turut diterjemah ke beberapa bahasa termasuk Mandarin, Sepanyol dan Perancis. “Puisi dihasilkan mencatat pelbagai peristiwa dan peringatan untuk saya dan sebagai ahli politik, meskipun tidak selalunya mempunyai masa yang banyak, saya akan pastikan mencatat refleksi diri melalui puisi,” katanya pada Majlis Memperkenal dan Perbincangan A Poetry Collection: Friend’s Letter/Kumpulan Puisi Surat Sahabat di sini, pada Khamis lepas. Karya sulung Dr Zambry itu turut memuatkan 140 puisi termasuk 70 terjemahannya dalam bahasa Inggeris oleh Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Muhammad Salleh; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2013, Malim Ghozali PK dan Mohd Nazmi Tajol Aros.

Terdahulu di Astaka Malaysia, sambutan Majlis Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertemakan 1 Bahasa, 1 Jiwa, 1 Bangsa turut berlangsung. Sementara itu, Adina yang mewakili Duta Besar Malaysia ke Frankfurt, Datuk Zulkifli Adnan berharap sambutan BBK dapat diadakan pada acara dagangan buku terbesar dunia itu setiap tahun dengan kerjasama Kedutaan Malaysia dan Pusat Pengajian Bahasa Asing. “Sambutan BBK adalah berpaksikan kepada usaha memperkasa bahasa Melayu dengan pendekatan merakyatkan bahasa kebangsaan yang dilakukan dengan penyertaan masyarakat berbilang kaum,” katanya. Acara itu turut diserikan dengan deklamasi sajak oleh Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2013, Malim Ghozali PK. Turut hadir isteri Dr Zambry, Datin Seri Saripah Zulkifli; Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, Adina Kamarudin; Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Abdul Wahab Ibrahim.


31 views0 comments
bottom of page