top of page
muinsapidin

Ekonomi Tunjang Utama Pembinaan Negara

IPOH: Ekonomi merupakan teras utama dalam agenda membangunkan dan membina asas bagi sesebuah negara.

Dr Ooi Kee Beng

Timbalan Pengarah Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) Singapura, Dr Ooi Kee Beng berkata, pada awal pembentukan Singapura, kerajaannya memberikan tumpuan penuh untuk memajukan bidang ekonomi kerana yakin pengukuhannya akan menjadi pemangkin kepada faktor lain yang menjadi identiti kepada negara.

Menurutnya, idea pengukuhan ekonomi itu turut diikuti China yang sebelum ini bermula dari kosong selepas menghadapi beberapa siri peperangan pada 1949.

"Tiada satu pun panduan untuk tujuan pembinaan negara dan secara umumnya, pemerintah pada ketika itu menggunakan ideologi untuk membina negara, namun keputusannya kurang berhasil.

"Bagaimanapun pada tahun 1980, China mula membuka pintu kepada negara-negara luar melalui perdagangan antarabangsa serta memenuhi permintaan dari masyarakat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel mengenai 'good governance' pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia kali ke-3 di sini pada Rabu.

Kee Beng berkata, mereka menggunakan perdagangan antarabangsa dan ekonomi global untuk membuat pilihan bagaimana negara China akan dibentuk.

Menurut beliau, terdapat pelbagai cara untuk mentadbir urus sesebuah negara kerana proses pembinaannya agak rumit.

"Perbincangan mengenai tadbir urus yang baik selalunya memberi lebih tumpuan kepada tindakan kerajaan dan tidak cukup hanya kepada kemampuan individu dan keupayaan masyarakat untuk mencapai penyelesaian demi kepentingan bersama," katanya lagi.


8 views0 comments
bottom of page