top of page
Shafiq Nordin

Tema WCIT 2016 - Dunia Masa Hadapan Tepat

Tema Dunia Masa Hadapan yang dipilih pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2016 sejajar dengan aspirasi masyarakat dunia untuk mewujudkan persekitaran aman serta kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi berkata, tema itu juga merupakan respon bagi agenda Pertububan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB) pasca 2015.

Jelas beliau melalui agenda tersebut ia akan dapat memperluaskan sasaran untuk mencari penyelesaian bagi isu dan masalah yang berlaku di dalam dunia ketika ini khususnya Malaysia.

"Kehadiran peserta pada persidangan ini merupakan bukti dan testimoni di atas komitmen serta tanggungjawab bagi mencapai objektif program.

"Kita percaya hasil persidangan ini akan menyumbang untuk dunia kini dan masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2016 di Hotel Casuarina@Meru di Ipoh pada Selasa.

WCIT 2016 yang diadakan selama tiga hari berakhir Khamis ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Persidangan dwi tahunan itu menarik hampir 1,000 penyertaan daripada 15 buah negara dengan menyaksikan 17 pembentangan kertas kerja.

Hasil prosiding dan resolusi yang berkualiti kemudian bakal diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi, Global Journal Al-Thaqafah milik USAS yang diindeks oleh Scopus.

Tambah Nordin, WCIT adalah ilham Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang berazam menjadikan Perak sebagai pusat dunia bagi wacana intelek dan falsafah.


63 views0 comments
bottom of page