top of page
muinsapidin

Pengangguran Belia Punca Kebangkitan Arab Spring

IPOH- Tahap pengangguran belia yang agak tinggi dikenalpasti sebagai punca kebangkitan belia yang diterajui daripada Arab Spring.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah satu anggaran meletakkan pengangguran belia di negara-negara Islam pada 15.6 peratus, hampir satu perempat lebih tinggi daripada purata global sebanyak 12.6 peratus. Baginda bertitah di Tunisia, di mana fenomena ini bermula, pengangguran belia adalah lebih 30 peratus manakala di negara-negara Arab, 50 peratus daripada mereka yang menganggur adalah di antara umur 15 dan 24 tahun. “Dalam usaha untuk bersaing dengan pertumbuhan penduduk yang diunjurkan di Timur Tengah, dianggarkan 80 juta pekerjaan baru perlu diwujudkan bagi tempoh 15 tahun akan datang. “Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyumbang kepada pergolakan politik terutama negara-negara yang melibatkan masalah pengangguran dalam kalangan remaja,” titah baginda. Sultan Nazri bertitah demikian dalam Ucaptama Baginda “The 3rd World Conference On Islamic Thought And Civilisation” 2016 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh pada Selasa.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi. Sultan Nazrin bertitah , generasi muda memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk masa depan dunia. “Mereka mewakili harapan kita bersama untuk masa depan dan sumber yang paling berharga,” titah Sultan Nazrin. Sultan Nazrin bertitah orang muda adalah pencipta, pembina dan pemimpin masa depan tetapi mereka boleh mengubah masa depan hanya jika mereka mempunyai kemahiran, kesihatan, membuat keputusan dalam kehidupan. Menurut Baginda, selain daripada faktor demogafi, pekerjaan juga diancam oleh teknologi baru yang berkembaanng pada kadar yang semakin cepat. “Sesetengah futuris percaya bahawa kemajuan semasa dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan akan mewujudkan pengangguran berleluasa mesin mengambil tugas-tugas sebelum ini dilakukan oleh manusia,”titah Baginda. Baginda bertitah, kesan perkembangan ini adalah sukar untuk meramalkan dengan pasti namun pengangguran teknologi mungkin memburukkan lagi banyak masalah kepada golongan belia.


103 views0 comments
bottom of page