top of page
muinsapidin

Pelumba Iran Juarai Jelajah Malaysia Peringkat Pertama

Oleh Shafiq Nordin editor@suaraperak.com Pelumba dari Iran, Rahim Imami muncul juara bagi perlumbaan Jelajah Malaysia 2016 peringkat pertama yang bermula dari Dataran Merdeka Kuala Lumpur ke Meru Raya, Ipoh.

Pelumba dari pasukan Pishgaman Giant Team tersebut menamatkan kayuhan sejaub 206.5 kilometer dengan catatan masa 4 jam, 44 minit.

Manakala pelumba negara, Nik Mohd Azwan Moazami dari Malaysia National Team terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-8 daripada 88 peserta yang menyertai dengan catatan masa 4 jam, 44 minit dan 20 saat.

Menduduki tempat kedua ialah pelumba dari pasukan 7 Eleven Sava RBP Philippines, Rustom Lim dari Filipina yang menamatkan kayuhan 4 jam 44 minit dan 23 saat.

Menduduki tempat ketiga pula adalah rakan sepasukan Rustom iaitu Edgar Nohales Nieto yang menamatkan kayuhan dengan catatan masa 4 jam 44 minit dan 23 saat.

Majlis penyampaian hadiah dan pingat telah diadakan sebentar tadi di Meru Raya sebaik sahaja kesemua pelumba tiba di hentian terakhir.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Siri Jelajah Malaysia yang memasuki edisi ke-52 itu mempunyai lima peringkat dengan jarak keseluruhan 750.2 kilometer.

Jelajah Malaysia merupakan perlumbaan basikal lebuh raya tertua di Malaysia dengan tawaran hadiah wang tunai RM 150,000. Jelajah Malaysia dianjurkan sejak 1963 lagi. Kini Jelajah Malaysia berstatus 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).


9 views0 comments
bottom of page