top of page
muinsapidin

Islam Terus Bangkit Walaupun Diserang Media Barat

Abad ke-21 memperlihatkan kebangkitan dan perkembangan Islam yang ketara di seluruh dunia walaupun menerima serangan bertali arus dari media barat.

Canselor Online Islamic Univercity, Dr. Abu Ameenah Bilal Philip berkata, disebalik kecaman dan kebencian pihak barat terhadap Islam ia secara tidak langsung membuka ruang untuk dunia lebih mengenali Islam.

"Sejak kewujudan internet sekitar era 90an, masyarakat telah lebih mengenali Islam berbanding sebelumnya.

"Walaupun barat mewujudkan agenda Islamophobia, peristiwa 11 September, Boko Haram dan militan IS sehingga masyarakat dunia memandang negatif terhadap Islam.

"Namun dalam masa yang sama ianya juga secara tidak langsung masyarakat dunia telah lebih mengenali Islam dan sedar kewujudannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2016 bertemakan 'Dunia Masa Depan' anjuran Universiti Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Selasa.

Jelas beliau, walaupun pelbagai cara digunakan untuk melemahkan Islam namun agenda tersebut bukan sahaja tidak berjaya malah merapatkan lagi seluruh negara Islam untuk bersatu.

Menurut Bilal lagi, cendekiawan Islam yang ada pada hari ini juga perlu dipelihara kerana mereka merupakan sebahagian masa hadapan dan bersama ilmu yang ada pada mereka lebih ramai akan bangkit dan membantu mengembangkan Islam ke serata dunia.

"Pihak barat menjadikan Islam sebagai kambing hitam meletakkan kesalahan di atas kesemua kejadian buruk yang berlaku.

"Namun segala cabaran yang dilalui, Islam menjadi lebih kuat. Lebih kuat cabaran itu, lebih kuat umat islam akan menjadi," ujarnya.

Sebagai contoh, beliau memberitahu banyak pemimpin dunia ketika ini lebih berani melontarkan pandangan terhadap keganasan yang berlaku di negara Islam.

"Pemimpin-pemimpin negara Islam juga ketika ini lebih bersatu, mereka lebih cenderung untuk mengkritik tindakan-tindakan yang dilihat memberi kesan buruk kepada Islam," katanya.


30 views0 comments
bottom of page