top of page
Nazialita Geynna Maharan

20 GRO China, Vietnam leka layan pelanggan dicekup

IPOH: Seramai 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan di pusat karaoke KTV Wisma Woodley, Taman Ipoh dalam sebuah serbuan Ops Noda pada malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata warga asing itu yang berasal dari negara China dan Vietnam berusia antara 20 hingga 38 tahun.

"Bertindak atas maklumat dan risikan selama seminggu, kami telah menahan 20 pekerja asing dari negara China dan Vietnam yang sedang leka melayan pelanggan di bilik karaoke yang berasingan.

"Selain itu, kami turut menahan seorang lelaki dipercayai merupakan penjaga atau pengawal keselamatan bagi mengawal laluan masuk ke dalam KTV itu,"katanya lagi.

Tian Kee berkata pihaknya turut merampas 11 passport asing dan merampas wang tunai bernilai RM1,150.00.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen (6) 1 Akta Imigresen kerana ada di antara mereka tidak mempunyai passport dan pengenalan diri yang sah.

"Selain itu, lelaki berkenaan juga akan dikenakan tindakan di bawah Akta Seksyen 56(1) Imigresen 1956/63,"katanya.


44 views0 comments
bottom of page