IPOH: Setiausaha Pengelola PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunan haram tiga tahun lepas.
Mohammad Anuar, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibaca kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin.
Pemimpin PKR itu dituduh menganjurkan perhimpunan tersebut di hadapan pejabat PKR di No 10, Jalan Medan Istana di sini.
Perhimpun itu berlangsung pada 12 Mei, 2013 pada 7.30 malam.
Menurut kertas pertuduhan sebagai penganjur tertuduh gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh,10 hari sebelum program diadakan.
Hakim Ikmal Hishan membenarkan Mohamad Anuar diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjaminM
Beliau menetapkan 18 November untuk sebutan semula. Mahkamah Sesyen sebelum ini pada 16 Mei 2014 melepas tanpa membebaskan Mohammad Anuar daripada tuduhan berhubung penganjuran perhimpunan haram tersebut pada waktu dan tarikh yang sama.