top of page
muinsapidin

Mayat Bertatoo 'Dewa Monyet' Ditemui Terdampar di Pulau Sembilan

TELUK INTAN: Polis menemui mayat seorang lelaki terdampar di pantai Pulau Sembilan, dekat Bagan Datoh pagi tadi yang mempunyai tatoo 'Dewa Monyet’ di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan serta kaki terikat dengan tali nylon.

Menurut Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata mayat lelaki berumur dalam lingkungan 30an itu ditemukan orang awam kira-kira jam 8.20 pagi sebelum dimaklumkan kepada Balai Polis Pangkor.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berbangsa Cina yang memakai baju T berwarna merah dan seluar pendek kuning itu dipercayai telah dibunuh lebih 48 jam yang lalu di tempat lain dan mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

"Mayat dibawa pasukan Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ke Jeti Perikanan Kampung Aceh untuk di serahkan kepada pihak polis sebelum di bawa ke hospital untuk di lakukan bedah siasat," katanya.

Wan Hassan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua tangan dan kaki mangsa telah di ikat dengan tali nylon dan keseluruhan bahagian belakang badan mangsa terdapat tatoo "Dewa Monyet" manakala bahagian muka mangsa sudah reput.

Katanya, sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada mana-mana saksi yang tampil untuk memberi keterangan berhubung kejadian ini.

Sehubungan itu beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa di minta tampil atau hubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Nazaruddin Ibrahim di talian 05-6222222 atau 05-6299222 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa ada kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai di pukul dengan objek tumpul.

Menurut beliau, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


65 views0 comments
bottom of page