top of page
  • muinsapidin

Kurang 30% usahawan Bumiputera ada sijil halal

KOTA BHARU - Kurang kesedaran dan kekeliruan antara punca sebilangan syarikat serta usahawan Islam tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seharusnya industri halal yang cukup sinonim dengan masyarakat negara ini dipelopori oleh usahawan Islam.

Menurutnya, kesedaran untuk mendapatkan sijil halal ini harus ditingkatkan untuk mengembangkan perniagaan dan memperkasakan ekonomi Islam di peringkat global.

"Kita orang Islam cukup peka dengan halal dan haram, ia disyariatkan agama kita, sudah tentu peluang dan ruang industri seperti ini perlu dikuasai oleh syarikat atau Usahawan Islam.

"Sehingga Oktober lalu sebanyak 5132 syarikat memperoleh sijil halal manakala 9637 syarikat ada sijil aktif, daripada jumlah itu hanya 29.6 peratus syarikat milik bumiputera Melayu Islam," katanya selepas merasmikan program penerangan Pensijilan Halal Peringkat negeri di Breadoz Baker Outlet di sini, hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Kelantan (DPMNK), Wan Zukilfli Wan Abdullah.

Tambahnya, berikutan itu kerajaan menubuhkan Majlis Halal Malaysia bagi mengawal selia dan menjadi koordinasi semua agensi bagi meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera Melayu Islam di peringkat antarabangsa.


14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page