top of page
muinsapidin

Hajat ayah hidap kanser jumpa anak tertunai

KUALA LUMPUR - Impian seorang bapa yang sedang bertarung nyawa akibat kanser usus tahap empat, Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27 bertemu dua anaknya, termakbul petang tadi.

Memetik laporan Berita Harian anaknya, Muhammad Raykal Hakimi, 6 tahun, juga menghidap kanser hati dan Aina Rayshah, 3 tahun tiba jam lima petang bersama ibu, Aida Kosma Ahmad Serbawi di Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Mohd Raithul, yang lemah kesan ubat kelihatan sangat gembira dan mengusap kepala anak lelaki yang sudah lebih empat tahun tidak ditemui.

Semalam, ahli keluarga Mohd Raithul memuat naik status memohon bantuan orang ramai mengesan anak dan bekas isteri beliau bagi merealisasikan hajat terakhir beliau sehingga mendapat perhatian netizen.


18 views0 comments
bottom of page