top of page
muinsapidin

Fenomena Air Pasang Terkawal, Tiada Penduduk Dipindahkan

Fenomena air pasang besar yang melanda beberapa buah daerah di negeri ini pada pagi Isnin masih dalam keadaan terkawal.

Walaupun limpahan air berlaku sejak awal pagi tadi ekoran hujan lebat, namun paras air di semua kawasan terlibat dilaporkan semakin surut dan tiada penduduk yang dipindahkan.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, daerah yang terlibat ialah Bagan Datoh, Kerian, Manjung, Hilir Perak dan Larut, Matang dan Selama.

"Di daerah hilir Perak 10 buah rumah dekat Kampung Batu 7 1/2 telah dimasuki air tetapi ianya masih dalam keadaan terkawal.

"Air telah mulah surut dan tiada pemindahan dilakukan di daerah berkenaan," katanya.

Sementara itu, kata beliau, bagi empat daerah lain pula, setakat pukul 7 pagi tadi Isnin, air laut mula surut dan kerja-kerja pemulihan benteng pasir yang pecah sedang giat dilakukan di tiga tempat.

"Kerja pembaikan dibuat di Kg.Bagan Panchor,Pengkalan Baru Pantai Remis, Parit 25 Baruh Mukim Hutan Melintang dan Kg.Nelayan,Kuala Kurau.

"Pemantauan paras air terus dilakukan di semua kawasan berisiko," katanya.


11 views0 comments
bottom of page