top of page

Dua Maut Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan

muinsapidin

Dua Maut Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan

SLIM RIVER: Dua lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 105 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Jambatan Sungai Slim, Kampung Balun, awal pagi Isnin.

Mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Syafie Abdul Latif, 25, dan Muhammad Hafizi yang menaiki Perodua Axia dan dalam perjalanan ke Tanjung Malim.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintenden Wan Jamil Wan Chik, kemalangan yang membabitkan Perodua Axia, Toyota Innova dan Nissan Sylphy, itu berlaku pada pukul 6.40 pagi tadi.

Beliau berkata,kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke arah jalan bertentangan dan melanggar dua kenderaan dari arah berkenaan.

Wan Jamil berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Slim River untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan,’’ katanya.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Salmah Sabil, 55, pemandu kereta Toyota Innova dan Lim Tho, 74, pemandu kereta Nissan Sylphy.


47 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page