Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersyukur kerana tiada kejadian banjir dilaporkan setakat ini berikutan fenomena air pasang besar.
Katanya selain Kampung Bagan Panchor di Pantai Remis, kawasan-kawasan berisiko tinggi lain di negeri ini tidak dilaporkan berlaku limpahan air.
Beliau bagaimana pun berkata pemantauan tahap paras air tetap dilakukan sehingga tempoh amaran berjaga-jaga berakhir pada 20 Oktober ini.
"Kita berdoa hujan lebat tidak berlaku pada waktu ini walaupun cuaca agak mendung. Ini kerana sekiranya hujan lebat dan ditambah dengan keadaan air pasang besar ketika ini, banjir buruk pasti tidak dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada keluarga India di Kejora Resort, Pasir Bogak Pangkor petang tadi.
Menteri Besar turut menasihati penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi supaya tidak leka dengan berada dalam keadaan berjaga-jaga.
"Memang keadaan pada ketika ini terkawal tetapi jangan ambil mudah kerana tempoh amaran berjaga-jaga masih belum berakhir.