top of page
muinsapidin

Masyarakat India sentiasa dihargai

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan kebajikan masyarakat India di negeri ini terus dibela.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ‎keperluan masyarakat itu sentiasa menjadi sebahagian agenda negeri seiring dengan usaha kerajaan memenuhi keperluan masyarakat kaum lain.

Beliau berkata pemberian sumbangan Deepavali merupakan antara contoh kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum itu.

Katanya sepertimana kaum lain, kerajaan juga menyediakan peruntukan khas bagi kaum India sempena musim perayaan.

"Pemberian sumbangan Deepavali ini diberikan setiap tahun dan kita akan pastikan tradisi‎ ini diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 100 keluarga India di Pulau Pangkor petang Ahad.

Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata golongan India di Pangkor merupakan golongan minoriti dengan hanya berjumlah lebih 800 orang berbanding 69 peratus Melayu dan 29 peratus Cina.

"Walaupun mereka minoriti, sebagai wakil rakyat saya cuba sedaya upaya memenuhi keperluan kaum itu di kawasan ini.

Contohnya, sejak saya jadi wakil rakyat saya telah berusaha mendapatkan sebuah sekolah Tamil di pulau ini.

‎Walaupun banyak halangan seperti terpaksa mengeluarkan wang membeli tanah, kita lakukan juga dan akhirnya projek sekolah ini akan dilaksanakan tidak lama lagi," katanya.

‎Justeru, beliau menasihati masyarakat India di Pangkor tidak ambil pusing dengan golongan 'kaki yang suka kasi panas' dengan sengaja mengadakan isu tidak relevan untuk menghasut mereka.


11 views0 comments
bottom of page