top of page
muinsapidin

HRPB Perkenal Rawatan Akupuntur Ganti Ubat Bius

Pesakit Hospital Raja Permaisuri Bainun kini boleh memilih kaedah Rawatan Gantian Pembiusan Akupuntur bagi menggantikan ubat bius semasa pembedahan.

Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Dr M.D Bhojwani berkata kaedah alternatif itu yang telah terbukti berkesan akan diperkenalkan kepada pesakit. Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tidak lama lagi. Katanya buat masa ini kepakaran menggantikan anestetik menggunakan akunpuntur hanya terdapat di hospital erkenaan dan ia akan dikembangkan kepada semua hospital kerajaan yang lain termasuk swasta di negeri ini. Katanya, terdapat pelbagai manfaat menggunakan rawatan akupuntur kerana selain ‎menjimatkan kos, kaedah alternatif ini mengurangkan kadar komplikasi selepas pembedahan. "Umum mengetahui masalah katil dan bilik tidak cukup sering menjadi isu besar, justeru dengan akupuntur ini ia dapat membantu memberi rawatan secara harian kerana post-surgery atau kesan selepas pembedahan tidak begitu berat bagi pesakit.

"Kaedah ini juga dapat mengurangkan kesan loya, muntah-muntah dan pening disebabkan kesan bahan ubatan bius yang berbentuk kimia yang boleh mendatangkan lebih banyak komplikasi kepada pesakit, seperti kandungan anaestetik opiad dan analgesik dalam bius biasa,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam sambutan Hari Anestetik Sedunia Peringkat HRPB di Padang Polo pada Ahad.

Katanya, bagaimanapun terdapat beberapa jenis penyakit yang perlu diteliti sebelum pesakit dibenarkan membuat pilihan rawatan akupuntur.

Dr Bhojwani berkata antara pembedahan yang boleh menggunakan kaedah akupuntur adalah hernia, tiroid dan lain-lain pembedahan kecil.

Jelasnya, tempoh masa bagi pesakit untuk sembuh daripada Rawatan Gantian Pembiusan Akunpuntur adalah lebih singkat berbanding pembedahan biasa kerana ianya mengurangkan kesakitan secara terapi dan bukannya ubat-ubatan. "Tempoh sembuh adalah singkat dan ia mengurangkan kesakitan secara terapi dan bukan ubat-ubatan.

Ia juga amat sesuai untuk kanak-kanak kerana lebih jimat, berbentuk terapi dan mereka boleh bermain seperti biasa pada hari yang sama setelah sembuh sepenuhnya, tidak perlu dimasukkan ke wad buat masa lama,"katanya lagi. Dr Bhojwani berharap langkah memperkenalkan rawatan tersebut di Perak khususnya Ipoh akan berjalan dengan lancar dan diterima oleh orang ramai secara positif. Beliau yang menjalani latihan khusus bagi rawatan jarum halus di China itu juga berpendapat bahawa dunia sains akan membolehkan lebih banyak jenis rawatan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan kimia pada masa hadapan. Hari Anestetasia Sedunia disambut bagi memperingati doktor gigi, Dr William T.G Morton yang telah menggunakan gas ether sebagai bius untuk mengurangkan kesakitan pembedahan gigi pesakit sebelum penggunaan anaestetik digunakan secara meluas di seluruh anatomi manusia semasa pembedahan berjalan.


40 views0 comments
bottom of page