top of page
  • muinsapidin

Ibu Bapa, Pelajar Terkejut Latihan ‘Sembelih Korban’ Di Sekolah

KUALA LUMPUR: Pelajar tahun 6 beragama Islam di sebuah sekolah rendah di Batu Caves semalam mengambil bahagian dalam latihan penyembelihan “korban” melibatkan 70 ekor burung puyuh, mengejutkan sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan keperluan melibatkan kanak-kanak dalam acara seumpama itu.

Tinjauan mengesahkan program itu dijalankan semalam dan merupakan sebahagian sukatan pelajaran Pendidikan Islam bagi mendedahkan kepada pelajar “cara betul menyembelih haiwan”.

Program tahunan itu yang mendapat restu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dijalankan di kawasan sekolah semasa sesi pembelajaran dan diselia seorang guru Pendidikan Islam yang membimbing pelajar semasa menyembelih.

Turut difahamkan salah seorang ahli PIBG sekolah itu membekalkan pihak sekolah dengan burung puyuh.

Selain latihan “sembelih”, murid-murid Tahun 6 juga dikehendaki menghadiri kursus mandi wajib, iaitu amalan wajib dalam Islam selepas seseorang keluar air mani atau melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, ibu bapa melahirkan rasa terkejut dengan program itu itu.

Salah seorang daripada mereka berkata anaknya trauma selepas melihat burung disembelih.

“Saya mahu tahu apa yang sekolah ini cuba lakukan dengan mengadakan latihan mengerikan di sekolah dan bukan melakukannya di rumah penyembelihan diluluskan kerajaan.

“Apakah garis panduan dipatuhi bagi memastikan sesi penyembelihan itu bersih atau halal?

“Apa yang pihak pengurusan sekolah cuba buktikan, dengan menyuruh sekumpulan kanak-kanak berusia 12 tahun menyembelih haiwan hidup?”

Beliau menggesa kementerian menyiasat perkara itu dengan segera dan menghentikan amalan itu pada masa depan.

Sebuah lagi sekolah di kawasan berhampiran melakukan perkara sama tahun lepas melibatkan burung puyuh dan ayam.


42 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page