top of page
muinsapidin

Bajet 2017 - Perak Mohon Peruntukan Bangunkan 2 Daerah Baru

Perak berharap Bajet 2017 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan permohonan negeri bagi mendapatkan peruntukan melaksanakan kerja-kerja membangunankan dua daerah baru di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dua daerah baru itu adalah Bagan Datoh dan Bandar Mualim.

Katanya peruntukan itu penting bagi melaksanakan kerja-kerja infrastruktur di daerah baru itu.

"Dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang tidak menentu ini, kita berharap kerajaan pusat akan terus mengambil kita projek-projek penting yang ada kaitan dengan pertumbuhan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan tapak ke RTB Kampung Teluk Kopiah pagi tadi.

melaksanakan kerja-kerja infrastruktur di daerah baru iaitu Bagan Datoh dan Bandar Mualim


72 views0 comments
bottom of page