top of page
muinsapidin

Vida bayar wang jaminan RM1.7 juta

Usahawan kosmetik dan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Vida) didakwa dengan 32 pertuduhan kerana gagal membayar dan menyerahkan penyata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melibatkan nilai RM4.2 juta.

Vida bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibacarakan bagi kesemua pertuduhan yang didakwa berlaku dari April tahun lepas hingga Julai 2016.

Pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Murtazadi Amran di Mahkamah Sesyen Ipoh. Tertuduh telah didakwa dengan 16 pertuduhan dibawah Seksyen 41(7) Akta GST 2014 kerana gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016. Vida yang merupakan pemilik tunggal Syarikat Vida Beauty turut didakwa dengan 16 pertuduhan lain dibawah Seksyen 41(6) Akta GST 2014 kerana gagal mengemukakan penyata GST bagi tempoh cukai yang sama. Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan. Beliau didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh. Mahkamah menetapkan wang jaminan RM60,000 bagi setiap pertuduhan dibawah Seksyen 41(7) dan RM50,00 dibawah Seksyen 41(6) masing-masing dengan seorang penjamin melibatkan jumlah keseluruhan RM1.76 juta. Mahkamah turut menetapkan pasport dan sebarang dokumen perjalanan milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan meminta wang jaminan ditetapkan pada RM100,000 memandangkan kes tersebut melibatkan wang kerajaan. Peguam Vida pula, Khairil Azwar Khalil bagaimanapun merayu mahakamah menurunkan wang jaminan kepada RM3,000 setiap pertuduhan bagi mengambil kira tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya. Namun dalam hujah hakim ketika menetapkan jumlah jaminan tersebut berkata, pihak mahkamah perlu berlaku adil kepada dua-dua belah pihak. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan sementara tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas dan Khairil Azwar Khalil. Vida membayar wang jaminan RM1.7 juta.

Kes akan disebut semula pada 15 Oktober depan.


36 views0 comments
bottom of page