top of page
muinsapidin

Mayat nelayan jatuh laut ketika memancing dijumpai

PANTAI REMIS: Mayat seorang nelayan yang hilang tanpa berita selama dua hari akhirnya ditemui di perairan Tanjung Hantu, di sini pada pagi Khamis.

Mangsa, Mohd Khairi Ibrahim,32 yang merupakan dipercayai terjatuh ke dalam laut berhampiran Pulau Talang ketika sedang memancing sebelum dilaporkan hilang pada Selasa lepas. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Penolong Penguasa Bomba Amir Hamzah berkata mangsa dipercayai terjatuh di lokasi sekitar 3.7 batu nautika daripada persisiran pantai pada waktu kejadian.

"Mangsa telah dijumpai oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sekitar 11.20 pagi dan terus dibawa ke jeti ikan Persatuan Nelayan Pantai Remis. "Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,"katanya lagi. Tambahnya, pihaknya turut menerima bantuan bot kevlar daripada BBP Seri Manjung dan BBP Pulau Pangkor yang melakukan teknik pencarian mangsa di sekitar persisiran sungai. "Operasi tamat sepenuhnya sekitar pukul 1.30 petang tadi,"ujarnya.


23 views0 comments
bottom of page