Usahawan komestik dan juga pengasas produk kecantikan Vida Beuty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Vida) didakwa dengan 16 pertuduhan kerana gagal membayar cukai GST bagi tempoh setahun melibatkan sejumlah RM4.2 juta.
Beliau didakwa gagal membayar cukai itu bagi tempoh dari April 2015 sehingga Julai 2016.
Vida juga mengadapi 16 pertuduhan lain kerana gagal mengemukakan penyata GST bagi tempoh sama.
Kesemua pertuduhan dibawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 .
Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibacarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Murtazadi Amran.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh. Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof menetapkan RM100,000 jaminan bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin warganegara.
Farah juga meminta pasport tertuduh ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara. Prosiding mahkamah ditangguh sebentar sebelum bersambung selepas waktu rehat. Pendakwaraya sekali lagi meminta hakim mengenakan wang jaminan