top of page
muinsapidin

7 Warga Perak Anjur Kegiatan Judi Haram Ditahan POCA

Tujuh warga Perak yang didapati terlibat dengan kegiatan perjudian haram di negeri ini telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) setakat Oktober tahun ini.

Gambar Hiasan

Kesemua mereka yang ditahan dikenakan perintah sekatan serta tahanan, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Datuk Gan Tian Kee

Kata beliau mereka yang ditahan itu adalah hasil daripada 2,574 serbuah dibuat oleh Polis Perak dalam usaha membanteras kegiatan perjudian haram dalam tempoh 10 bulan pertama di sekitar negeri ini.

Katanya daripada 657 serbuan yan berjaya dibuat, polis membuat 1,380 tangkapan membabitkan pengajur dan kaki judi.

“Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 457 buah mesin perjudian haram atas talian (online) dan Pusat Hiburan Keluarga (PHK) telah dirampas.

“Wang tunai sebanyak RM 549,602 melibatkan perjudian loteri awam haram, catat taruh haram, judi dalam bangunan, judi tempat awam dan mesin perjudian juga turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

“Ini merupakan usaha kita untuk membanteras kegiatan perjudian haram ini daripada terus berleluasa di negeri ini, Polis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam atas kerjasama dan maklumat disalurkan kepada kita.

“Polis juga ingin menyeru supaya kerjasama yang diberikan dapat dikekalkan dan menyarankan sesiapa mempunyai maklumat mengenai perjudian haram menyalurkan maklumat kepada kita,” katanya.

Beliau memberitahu sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Kontinjen Perak di talian 05-2401999, 05-2535472 atau 05-2451072.


21 views0 comments
bottom of page