top of page

JKR Minta Kontraktor Beri Maklumat dakwaan Seleweng Kontrak Turap Jalan

  • muinsapidin
  • Oct 10, 2016
  • 2 min read

IPOH:Jabatan Kerja Raya (JKR) meminta kerjasama Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) supaya menyalurkan maklumat berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan kontrak projek menurap jalan kepada pihak ketiga.

Menurut Ketua Pengarah Kerja Rayanya, Datuk Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, pihaknya akan menyemak kualiti kerja dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh empat syarikat konsesi yang diberikan tanggungjawab menyelenggarakan jalan Persekutuan sepertimana yang diarahkan oleh Kementerian Kerja Raya. “Kita meminta Persatuan Kontraktor Kelas F (PERKOBF) memberikan kerjasama sekiranya mempunyai maklumat berlakunya ketirisan dan terdapat pihak yang tidak mengikut SOP berhubung projel penurapan jalan Persekutujan ini,’’katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi JKR Malaysia 2016 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Isnin. Menurut Roslan, beliau telah mengarahkan setiap JKR Daerah untuk memastikan kualiti jalan Persekutuan dilaksanakan dengan baik mengikut SOP yang ditetapkan. Katanya, bayaran juga perlu dilunaskan mengikut SOP dan jurutera daerah yang dilantik akan mengesahkan pembayaran yang perlu dilunaskan supaya tidak berlaku ketirisan. "S‎yarikat konsesi yang melaksanakan kerja konsesi di negara ini selama lebih 10 tahun telah melaksanakan tugas dengan baik manakala bagi syarikat kontraktor kecil mereka masih lagi berpeluang dalam kerja undi dan kecemasan di daerah-daerah,’’ katanya. Pada sidang media yang sama Roslan juga memberitahu 78 JKR daerah di seluruh negara sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi bencana tanah runtuh, curam dan banjir. Menurut beliau, JKR menggunakan kaedah biasa selain berusaha mempertingkatkan langkah pencengahan dengan bantuan daripada bilik gerakan bencana yang beroperasi di seluruh Daerah. Katanya, JKR kini mempunyai 13 saluran bagi menyalurkan aduan bencana dan menggunakan sistem aplikasi telefon berupa penghantaran gambar lokasi kejadian. Beliau berkata, JKR juga sentiasa berkerjasama dengan agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Comments


bottom of page