top of page
muinsapidin

Virus Rotavirus disahkan berpunca dari Bukit Merah

Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan jangkitan rotavirus yang dihidapi beberapa kanak-kanak di Perak, Kedah dan Penang sebelum ini berpunca daripada air yang tercemar di taman tema air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR).

Pengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, berdasarkan keputusan makmal ampel diambil daripada pesakit terlibat menunjukkan punca wabak tersebut berkemungkinan daripada air yang tercemar pada 24 September lalu.‎ "Hampir semua pesakit memberikan sejarah melawat resort yang sama, oleh itu kita boleh mengatakan bahawa wabak itu disebabkan pendedahan air yang tercemar pada hari berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad. Dalam pada itu beliau turut memberitahu pihaknya telah menghentikan pemantauan ke atas taman tema air itu selepas tiada kes baharu Rotavirus direkodkan sejak sembilan hari lalu. "Tempoh pemantauan sudah selesai dengan mengambil kira tempoh jangkitan rotavirus antara dua jam hingga tiga hari dan jangkitan kali terakhir dilaporkan pada 1 Oktober lalu. "Setakat ini selesai memantau wabak di taman tema air berkenaan kerana tiada lagi kes baharu dilaporkan," ujarnya. Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memberitahu semua sampel air yang diambil di taman air berkenaan pada 29 dan 30 September adalah negatif Rotavirus. Beliau berkata, keputusan negatif itu berkemungkinan disebabkan oleh pembersihan dan klorin yang sudah dijalankan oleh BMLR pada 24 September sebelum sampel air diambil oleh jabatan kesihatan.


98 views0 comments
bottom of page