top of page
  • muinsapidin

Tun M Minta Pembangkang Bersatu Jatuhkan Najib

MANJUNG: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin BN dapat ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti sekiranya semua parti pembangkang bersatu dan bekerjasama dengan PPBM.

Katanya, usaha menumbangkan BN sekaligus menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dicapai sekiranya semua parti pembangkang mengetepikan perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan mereka dengan memberi penumpuan utama pada PRU ke 14.

Beliau berkata, parti pimpinan Najib sukar ditumbangkan kerana mendapat sokongan daripada parti-parti komponen BN yang lain.

``Untuk menjatuhkan satu parti kerajaan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat gabungan parti lain yang membantu sesama mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Bersatu Perak di Manjung pada Ahad.

Hadir sama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pemimpin -pemimpin parti pembangkang.

Tun Mahathir mengakui parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza, namun ia harus dilupakan untuk mencapai matlamat bersama iaitu untuk menumbangkan BN.

“Kita mungkin tak bersetuju dengan pendapat masing-masing, tetapi bersetuju untuk menyingkirkan kerajaan yang dipimpin Najib dan kalau kita bersetuju, kita mesti bergabung dan bekerjasama serta melupakan segala kelainan antara kita,” ujarnya.


25 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page