top of page
muinsapidin

Malaysia Tuan Rumah Dialog Mengenai Golongan Berusia

IPOH: Malaysia terpilih sebagai tuan rumah Policy Dialogue of Asian Parlimentarians and Expert on Ageing yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Oktober ini.

Presiden Asian Forum For Parliamentarian On Population And Development (AFPPD), Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dialog dua hari itu diadakan dengan kerjasama Asia Population and Development Association (APDA) Jepun, United Nation Population Fund (UNPF)dan The International Planned Parenthood Federation (IPPF).

Menurut beliau, seramai 30 wakil parlimen dari 13 buah negara Asia akan mengambil bahagian di dalam dialog tersebut.

Menurut beliau, sebanyak empat sesi perbincangan akan diadakan sepanjang dialog itu yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang berkenaan dari beberapa buah negara seperti Jepun, China, Korea, Vietnam dan tuan rumah Malaysia

“Berdasarkan kajian, Malaysia dijangka mempunyai ramai warga berusia menjelang tahun 2030 dan dialog ini adalah antara persiapan untuk merangka polisi yang sesuai untuk golongan tersebut,” katanya pada sidang media di Hotel Impiana di sini pada Ahad.

Husni memberitahu, pelbagai tajuk akan dibincangkan secara holistik pada hari pertama dialog, berdasarkan pengalaman beberapa negara seperti Jepun dan China, yang mempunyai ramai warga berusia.

Beliau menambah, pada hari kedua pula, para peserta akan melawat dua buah rumah orang tuan-tuan, masing-masing satu yang dikedalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) manakala sebuah lagi dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurutnya, lawatan itu antara lain bertujuan sebagai perbandingan rumah kebajikan yang diusahakan oleh NGO dan kerajaan, sekaligus mencari cara yang lebih baik dan sesuai untuk masa depan.


17 views0 comments
bottom of page