Manjung: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dianggap sebagai seorang pemimpin berdedikasi tapi berada dalam parti yang salah.
Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Dr Zambry merupakan seorang tokoh pemimpin yang berwibawa berpendidikan tinggi tapi berada dalam kedudukan yang salah.
"Dia seorang yang baik...dedikasi tetapi berada dalam parti yang salah.
Saya faham saya didik...tidak apa..sebab dia jadi tokoh politik yang agak berwibawa pendidikan tinggi bagus tetapi dia berada di kedudukan salah.
Saya harap selepas ini dia akan bersama sama dengan kita manalah tahu..ia tak," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Perak Bersatu bersama Tun Dr Mahathir Mohamed di di Manjung pada Ahad.
Katanya tsunami rakyat akan bangkit dan menolak BN termasuk di Perak.end