top of page

Penjenayah Paling Dikehendaki Tumpas Ditembak

muinsapidin

IPOH: Polis menembak mati seorang penjenayah yang paling dikehendaki dalam satu kejadian tembak menembak di Simpang Lima berhampiran Pekan Gurney, Air Tawar awal pagi tadi.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak, SAC Gan Tien Kee berkata, penjenayah berumur 29 tahun itu dikehendaki polis kerana mempunyai lima rekod kesalahan jenayah lampau termasuk satu kes percubaan membunuh. Menurut beliau, dalam kejadian jam 3.15 pagi itu sepasukan peronda polis pencegah jenayah diketuai Inspekter Guldip Singh telah mengejar sebuah kereta proton waja yang dipandu penjenayah itu sebelum kereta berkenaan terbabas di kawasan simpang lima. Katanya, pasukan polis yang cuba menghampiri kereta berkenaan terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan tiga das tembakan setelah penjenayah itu mula menembak ke arah mereka. "Dalam insiden tembak balas itu ia telah mengena penjenayah. Setelah diperiksa kita dapati seorang lelaki berusia 29 tahun maut.

Pemeriksaan lanjut mendapati ‎beliau mempunyai lima rekod kesalahan lampau, empat daripada rekod kesalahan melibatkan cedera mengunakan senjatapi, dadah dan mendatangkan cedera parah mengunakan senjata dan satu kes percubaan membunuh pada tahun 2014,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak di Ipoh pada Sabtu. Menurut SAC Gan, dalam pemeriksaan yang dijalankan terhadap mangsa polis turut menemui sepucuk pistol , lima butir peluru hidup dan sebilah parang di dalam kereta berkenaan.


78 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page