Kira-kira 400,000 rakyat seluruh negeri Perak mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang diadakan secara serentak di peringkat sekolah dan daerah di seluruh pelusuk negeri sempena Sambutan Hari Sukan Negara hari ini.
Sambutan peringkat negeri berlangsung di perkarangan majlis Perdandaran Manjung yang dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran, Dr Zambry berkata beliau amayt berpuas hati dengan penyertaan dan sambutan masyarakat terhadap inisiatif kerajaan menyemai gaya hidup sihat kalangan rakyat.
Katanya peserta tersebut melibatkan semua peringkat termasuk di daerah, parlimen, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).
"Ini merupakan satu signal penting yang ditunjukkan rakyat di dalam menyokong agenda pembangunan sukan massa. "Ini menunjukkan sukan seolah-olah telah mula menjadi rutin gaya hidup terutamanya di kalangan rakyat negeri ini. "Saya juga percaya hari sukan negara ini bukan sahaja dapat mengalakkan rakyat menjalani dan mengamalkan gaya hidup sihat malah ia juga menjadi penggalak kepada perpaduan dan integrasi pelbagai kaum," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Manjung. Lebih 8,000 pengunjung membanjiri Hari Sukan Negara peringkat negeri Perak di Mini Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu pada Sabtu. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, walaupun program-program sukan yang disediakan bersifat massa namun pihaknya menggunakan platform tersebut untuk mencari bakat-bakat baharu yang berpontensi untuk diketengahkan. "Kita gunakan ini juga untuk mencari bakat-bakat baharub yang kita rasakan boleh diketengahkan atau digilap bagi mewakili negeri atau negara pada satu hari nanti," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaaan. Dalam majlis perasmian itu, Dr Zambry serta Shahrul telah mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 30KM mengelilingi Manjung. Menteri Besar turut menyampaikan anugerah penggerak sukan lelaki dan wanita serta ikon belia Perak selain memberi penghargaan kepada skuad ragbi Perak yang berjaya memenangi Kejohanan Ragbi Piala Agong 2016 baru-baru ini Dalam majlis sama pihak Malaysia Book Of Record's mengistiharkan Gabungan Sepak Takraw Manjung telah berjaya mencipta rekod baharu dalam penyertaan teramai dalam Sepak Raga Tuju iaitu seramai 1,309 orang. Sambutan Hari Sukan Negara telah ditetapkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan bersukan untuk mewujudkan masyarakat cergas dan aktif.