top of page
muinsapidin

12 kanak-kanak dieksploit sebagai peminta sedekah diselamatkan

IPOH: Seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi mereka sebagai peminta sedekah dalam satu operasi sekitar bandaraya Ipoh malam Jumaat.

‎Operasi yang bermula sekitar 11.15 malam hingga 1.45 pagi itu dijalankan bersama oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dua suspek lelaki dan wanita berusia 40-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengeksploitasi kesemua kanak-kanak, semua warga tempatan berjaya diberkas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kesemua kanak-kanak malang berkenaan dipercayai digunakan sebagai "agen"peminta sedekah selain menjual ubat-ubatan herba dan kalendar di sekitar daerah Ipoh dan Taiping. "Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan itu akan ditempatkan di rumah perlindungan di Negeri Sembilan, manakala dua suspek yang diberkas kini direman selama lima hari bermula hari ini ( Sabtu).

"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 berkenaan pemerdagangan kanak-kanak yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda," katanya dalam sidang media di sini pada petang Sabtu. Tambahnya, antara agensi yang terlibat dalam serbuan tersebut adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, dan Bahagian D7 Perak. "Mengeksploitasi kanak-kanak sebagai peminta sedekat termasuk melibatkan warga tempatan dikategori di bawah istilah emerdagangan manusiaam

Ia tidak terhad kepada penyeludupan migran yang tidak sah di Malaysia sahaja. Jenayah ini merupakan jenayah rentas sempadan yang menimbulkan situasi membimbangkan. "Justeru, polis akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membanteras kegiatan permedagangan manusia ini sama ada membabitkan warga tempatan atau warga asing,"ujarnya lagi.


190 views0 comments
bottom of page