top of page
  • muinsapidin

Hertfordshire University Pula Nafi Bakal Beri PhD Pada Azizan Osman

PUTRAJAYA – Semalam Richworks memuat naik kenyataan rasmi di laman Facebooknya mendakwa Azizan Osman mendapat PhD dari Amerika Syarikat dan bakal menghadiri konvokesyen di Hertfordshire University, United Kingdom.

Menurut Richworks, Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Hertfordshire Univeristy dan bakal menghadiri konvokesyen di universiti berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan dari OhBulan, netizen mengambil inisiatif mereka sendiri dengan menghubungi pihak Hertfordshire University untuk memeriksa kesahihan dakwaan Richworks itu. Ternyata hasil ‘siasatan’ dari netizen ini mengejutkan.

Berdasarkan maklumbalas pihak Hertfordshire University melalui Facebook, pihaknya memaklumkan bahawa tiada sebarang nama Azizan Osman dalam data mereka. Malah Azizan Osman juga bukan pelajar mereka.

Malah, pihak universiti itu menegaskan, mana-mana individu yang mahu membuat PhD Psikoloi adalah wajib mempunyai Ijazah Psikologi dan atau dibiayai oleh Kementerian Kesihatan di United Kingdom.

Sebelum ini, pihak UM, IUKL dan UKM nafi pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada Azizan Osman. Kali ini, Hertfordshire University pula membuat penafian yang sama.


17 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page