top of page
muinsapidin

Bersih Mahu Sabotaj  Sambutan Hari Sukan Negara

BATU KURAU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin menganggap tindakan pihak penganjur mahu mengadakan Bersih 5 sempena Sambutan Hari Sukan Negara esok dilihat sebagai satu tindakan untuk mensabotajkan program berkenaan.

Beliau berkata, pihak penganjur Bersih sebenarnya mahu mengajak rakyat untuk menyertai mereka dengan berniat untuk merosakkan program Hari Sukan Negara.

Katanya, ini kerana kumpulan Bersih ini telahpun dihasut dengan nafsu semata mata untuk merosakkan keamanan yang telahpun wujud sejak negara mencapai kemerdekaan.

``Kita tidak pilih bulu, kita tidak pilih kumpulan, kita tidak pilih mana parti tetapi kita jemput rakyat seluruh negara untuk bersama dalam program kita ini.

``Tetapi mereka melakukan sesuatu semata mata kerana hendak merosakkan program yang kerajaan buat untuk kepentingan seluruh rakyat dalam negara kita,’’ katanya.

Beliau berkata berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santai Mesra bersama Warga Tuisyen Gemilang kawasan Parlimen Larut di Dewan Dato’ Seri Haji Kamarudin, Batu Kurau pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, agenda kerajaan mengadakan hari sukan negara adalah untuk kepentingan rakyat di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu beliau meminta semua rakyat yang mempunyai pemikiran terbuka, jiwa yang bersih supaya tidak mengikut rentak kumpulan bersih ini yang jelas mahu merosakkan Hari Sukan Negara.


17 views0 comments
bottom of page