top of page
  • muinsapidin

‘Kalau Nampak Penjawat Awam Hidup Mewah, Tolong Lapor Pada SPRM’

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, meminta mana-mana pihak membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mengetahui ada penjawat awam yang hidupnya terlalu mewah.

Malah, beliau juga meminta ahli keluarga penjawat awam memainkan peranan menasihatkan individu berkenaan untuk bertaubat.

“Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan, tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi, kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah lapor pada SPRM atau keluarga nasihatlah sikit agar mereka bertaubat,” katanya, memetik laporan dari Astro Awani.

Malah, beliau turut menggalakkan SPRM memburu mana-mana penjawat awam yang melakukan kesalahan rasuah kerana golongan ini telah merosakkan nama 1.6 juta penjawat awam.

Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh integriti.


10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page