top of page
muinsapidin

Rotavirus: Kementerian Kesihatan digesa tampil betulkan keadaan

Kerajaan negeri Perak mengesa Kementerian Kesihatan membuat pengumuman rasmi bahawa Bukit Merah Laketown Resort bebas virus berjangkit Rotavirus.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengumuman itu perlu bagi membetulkan keadaan setelah ujian sampel air yang dibuat ke atas taman tema air itu didapati negatif sebarang virus dan tidak seperti didakwa sebelum ini.

“Saya minta Kementerian Kesihatan tampil buat pengumuman rasmi itu, saya tidak mahu sesuatu berita dikeluarkan tetapi akhirnya tiada pembetulan dibuat.

“Sekiranya tiada pembetulan dibuat kepada laporan awal sebelum ini, ianya akan memberi impak negatif kepada taman tema air itu,” katanya pada satu sidang media di Parit Buntar pada Khamis.

Tambah beliau, selain memberi impak negatif kepada taman tema air tersebut, ianya juga akan menjejaskan sektor pelancongan negeri Perak secara keseluruhan.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah individu terkena jangkitan acute gastroenteritis (AGE) dengan sejarah berkunjung ke resort di Bukit Merah pada 24 September lalu meningkat kepada 70 orang berbanding 40 sebelum ini.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 30 kes (42.9%) disahkan positif Rotavirus di mana Perak mencatatkan sebanyak 6 kes, Kedah sebanyak 16 kes dan Penang sebanyak 8 kes.

Namun Bagaimanapun beliau memberitahu keputusan kehadiran virus dalam sample air yang diambil pada 29 dan 30 September lalu di 7 lokasi berbeza di taman tema air berkenaan didapati negatif Rotavirus.


16 views0 comments
bottom of page