top of page
muinsapidin

Polis Masih Siasat Penyebaran Surat Palsu Pelantikan Sultan Perak

IPOH – Siasatan mengenai kes penyebaran surat palsu menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar berhubung pengisytiharan pelantikan Kesultanan Melayu Perak ke 36, masih diteruskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri, Superintendan Lee Ewe Kiang berkata, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan memalsukan dan menggunakan dokumen palsu.

Menurutnya, polis telah menerima satu laporan daripada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, pada 29 September lepas.

“Kita telah menerima satu laporan berkaitan kes ini dan buat masa ini, siasatan masih diteruskan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan surat palsu menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Perak, mengenai pelantikan individu tertentu sebagai Sultan Perak.

Pejabat Menteri Besar menerima surat palsu itu yang difotostat dan menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar, kononnya Dr Zambry mengisytiharkan individu yang tidak dikenali iaitu Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak ke-36.

Penyebaran surat palsu itu dikhuatiri disalah anggap orang ramai dan boleh mencemarkan imej kerajaan negeri.


35 views0 comments
bottom of page