top of page
muinsapidin

Anggota AADK Dikejar Dengan Parang

TELUK INTAN: Seorang penagih dadah berusia 20an bertindak nekad mengejar pegawai dan kakitangan Angensi Anti Dadah Kebasaan (AADK) dengan menggunakan parang kerana berang apabila cuba ditahan.

Pengarah AADK Perak, Khairul Anwar Ahmad berkata, kejadian cemas itu berlaku ketika pihaknya membuat serbuan di rumah suspek yang terletak di Kampung Sungai Tiram, Segari kira-kira jam 10 malam Rabu.

Menurut beliau, suspek turut bertindak memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil mengacahkan parang kepada anggotanya ketika dipujuk untuk menyerahkan diri.

“Suspek bertindak memanjat ke atas bumbung rumah dan apabila dipujuk supaya turun dia turun perlahan-

lahan namun mengacahkan parang kepada pegawai dan anggota AADK.

“Bagi tujuan keselamatan, pihak kami terpaksa melarikan diri terlebih dahulu namun tindakan susulan akan dibuat bagi menahan suspek itu,” katanya dalam sidang media selepas Ops Sarang sempena perangi dadah habis-habisan 2016 di daerah Manjung semalam.

Dalam operasi tersebut AADK telah memeriksa 68 individu dan menahan 26 daripada mereka termasuk seorang wanita kerana positif dadah.

Operasi yang bermula pada jam 6 pagi hingga 12 tengah hari itu dijalankan di Pulau Pangkor, perairan Manjung, Sitiawan, Pantai Remis, Lekir dan Kayan.

“Mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1)Akta Penagihan Dadah (APD) 1983 seramai 21 orang, Seksyen 6(3)Akta Penagihan Dadah (APD) 1983 seramai 3 orang, Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah 1983 seramai seorang dan Seksyen 8(3)(b) Akta Penagihan Dadah (APD) juga seorang,” katanya.

Tambah beliau, serbuan di buat di ‘port’ atau sarang penagihan termasuklah di ladang kelapa sawit dan juga rumah-rumah kosong.

“Mereka yang terlibat juga kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan, selain penganggur,” ujarnya.


48 views0 comments
bottom of page