TAPAH: Lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai menetak hingga mati ibunya dalam kejadian di Kampung Baru Air Kuning, Tapah baru-baru ini disambung reman tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 10 Oktober ini.
Gambar Hiasan
Perintah reman tujuh hari itu dikeluarkan oleh Majistret Tapah,Ahmad Asyraf Mohamed Kamal pada Selasa bagi membantu siasatan. Lelaki tersebut sebelum ini direman tujuh hari bermula 28 September hingga 4 Oktober.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa dikenalpasti sebagai Low Kew@Low Lin Kiew, 74, ditemui berlumuran darah di kerusi rehat di bahagian dapur rumahnya dan mangsa maut akibat ditetak dengan pisau pemotong daging di bahagian leher serta muka dipercayai oleh anak lelakinya sendiri.
Suspek berjaya diberkas di lokasi kejadian dan polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.