top of page
muinsapidin

Jangan Berebut Kerusi - Zahid

IPOH:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati komponen Barisan Nasional (BN) dan UMNO supaya tidak berebut kerusi demi menjaga dan mempertahankan keharmonian parti dan keamanan negara.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata,ini kerana undi-undi bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan UMNO dan BN dalam pilihan raya. Menurut Zahid, walaupun UMNO merupakan tulang belakang kepada kerajaan, namun parti keramat itu sentiasa adil dan tidak pernah mengetepikan kaum lain sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan parti. ``Kita mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia di dalam Perlembagaan UMNO disebutkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan perjuangan kita adalah perjuangan Melayu tetapi kita tidak pernah mengetepikan agama lain kita tidak pernah ketepikan bangsa lain sebab sunahtullah telah menentukan bahawa kita perlu berlaku adil kepada semua kita mahu perkongsian kuasa,’’ katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di Ipoh pada Ahad.Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar. Beliau mengulas ucapan Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang meminta supaya pucuk kepimpinan menimbangkan cadangan meletakkan calon UMNO di kawasan majoriti bukan Melayu yang diyakini dapat meraih kemenangan kepada BN dalam pilihan raya. Ahmad Zahid juga meminta semua parti komponen agar dapat memantapkan kerjasama dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Katanya, situasi menang-menang dalam berpolitik perlu ada dimana ada kawasan yang UMNO tidak bertanding UMNO akan membantu rakan komponen parti yang lain . Beliau yakin dan percaya jika ini dapat terus diamalkan malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman dan jadi sebuah negara Islam contoh kerana tidak mengetepikan agama dan bangsa lain


91 views0 comments
bottom of page