IPOH: Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) terus mengorak langkah dalam sektor pendidikan apabila membuka sebuah pusat penyelidikan awal kanak-kanak pada tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tina Tajuddin, pusat tersebut akan memberi manfaat besar kepada bakal pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA ) di negeri Perak.
Beliau berkata, apabila dibuka kelak, pusat tersebut akan memberi bimbingan kepada pengusaha TASKA dalam aspek keselamatan, pendidikan, latihan kemahiran dan kesedaran.