top of page
muinsapidin

Pemandu Lori Maut, 8 Cedera Kemalangan Babitkan 3 Kenderaan

Seorang maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan lori, bas dan motosikal di Jalan Trong Kampung Batu 11, Taiping, pagi Jumaat.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, dalam kejadian jam 7.36 pagi itu, pemandu lori dengan muatan dedak padi berusia 27 tahun maut ditempat kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah bas, motosikal jenis EX5 dan lori treler berlanggar menyebabkan dua orang mangsa telah tersepit.

“Pemandu lori itu maut ditempat kejadian, penunggang motosikal cedera manakala pemandu bas serta enam penumpangnya turut mengalamai kecederaan,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Tambahhya lagi, difahamkan lori berkenaan dari arah Taiping untuk ke Trong manakala bas itu pula dari arah bertentangan ketika kejadian berlaku.

Pemandu lori yang meninggal dunia ialah Mohamad Huzaimi Abdul Basir beralamat di Batu 11 1/2 , Jalan Taiping, Bagan Serai.

Kesemua mangsa yang terlibat kini menerima rawatan di Hospital Taiping.


143 views0 comments
bottom of page