IPOH: Terdapat 30 kes jangkitan Rotavirus yang dikesan Jabatan Kesihatan Perak membabitkan taman tema air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) sehingga semalam.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr B Venugopalan berkata, sebanyak 16 kes dilaporkan di Perak, manakala Kedah 11 kes dan Pulau Pinang 3 kes.
"Bagaimanapun kesemua pesakit dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini sebentar tadi.
Katanya Perak adalah negeri terbaharu berlaku kes jangkitan itu, dan ruangan aktiviti air di BMLR masih ditutup
"Proses pembersihan telah bermula hari ini dan akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada proses yang diperlukan," katanya.